Sunday, January 18, 2009

perkara2 aneh sepanjang PRK KT (sungguh mencurigakan)..

PRK KT cukup hangat...pemenang pon telah diketahui...tahniah kpd haji wahid endut (PAS)...semoga amanah yg diberikan rakyat dpt dilaksanakan dengan sebaiknya...bagi yg tewas...muhasabah diri n pk kan strategi terbaik menarik hati mengundi pd PRU 13 nanti...cuma apa yg cfu tertarik dlm pilihanraya ini ialah laporan yg dikeluarkan oleh Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) mengenai kebokrokan berkempen parti2 yg bertanding...pemerhatian ini dibuat selama 20 hari oleh NIEI....secara ringkasnya seperti berikut:

Amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion dan salah guna kuasa:

1. Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

2. Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

3. Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

4. Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

5. Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

6. Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

7. Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

8. Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

9. Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

10. Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

11. Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

12. Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

13. Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

14. Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering


15. memberi wang sebanyak RM250-RM300 seorang kepada pengundi ketika berkempen..dan duit ang pau kepada pddk cina sebanyak RM300 setiap org..



salah guna kuasa
a. Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).

b. Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.

c. Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

d. Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

e. Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

f. Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

penyalahgunaan jentera kerajaan semasa berkempen (kementerian)

Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti...BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

i-Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

ii-RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

iii-Penggantian atap-atap.

iv-Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

-kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.

-Amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

-NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

salah laku PAS masa berkempen:

pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

petua cari pasangan...

Memandangkan terdapat banyak permintaan dr std2 cfu yg bertanyakan bagaimana nak cari pasangan yg sesuai...cfu xlah pandai sgt dlm bab2 ni tp terdapat beberapa kaedah yg cfu temui dlm bacaan n telah cfu simpan tuk menjadi panduan kepada mereka yg bertanyakan cfu...bagi org2 muder ni cfu perturunkan lah beberapa petua utk cari pasangan hidup...adooiii...kdg2 cfu rasa dh mcm info centre utk cari jodoh plak...leh wat bisness ni...ekekeke!!!...layan je lah...zassss!!

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setaradan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan malah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

bila lelaki benar2 jatuh cinta

Pada mulanya cfu agak keberatan nak post tajuk ni...walau pon ader dlm simpanan...memandangkan cfu telah pon meninggalkan zaman cintan cintun ni...tp memandangkan terdapat permintaan dr sdr CJ dari kelantan, yg mintak cfu postkan berkenaan tajuk ni jd cfu xsampai hati utk menolaknye...harap CJ n pembaca mendapat info yg xseberapa ini...hehehe

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Di antara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… hehehe

Thursday, January 15, 2009

mengapa wanita merajuk !!!...huhu

Satu kajian telah dilakukan untuk melihat sebab musabab kenapa golongan hawa ni suke sgt la merajuk...ni kes merajuk dengan pasangan lelaki bukan melibatkan mak bapak...dan juga tidak sesekali melibatkan binatang peliharaan waima kucing, hamster,ikan laga dll....semoga leh jadikan panduan kepada semua pembaca...ehem...ehemmm...hehehe

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.


(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Wednesday, January 14, 2009

bilik tidur pelik...

kali ni cfu nak tunjukkan bilik2 yang unik dan pelik...mana la tau leh dijadikan inspirasi kat korang untuk hias bilik korang pulak nanti....hehehe










cmne?? korang dh wat pilihan ke...bilik tidur yg berkenan dihati...jgn tunggu lama2 nanti dibooking org design2 tu...selamat memilih....hahaha

8 rahsia lelaki‏

1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs: Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta

COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."

AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans, jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini... semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain...!"Bengang kan...?

AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...hehehe

walaupun cfu ni lelaki...tapi cfu tetap dedahkan perkara ni bukan untuk kaum hawa saje tp utk kaum adam jugak seperti cfu ni...agar lebih berhati2...ehem.....ehemmm!!! ngeh..gheh..gheh

Boikot barangan Israel laknatullah...

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan sekutunya Amerika.

1) Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

2) Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite , Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

3) Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

4) Syarikat : Disney Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

5) Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

6) Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL .

7) Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

8) Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

9) Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

10) Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

11) Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

12) Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy , Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel . Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

13) Syarikat : Intel Produk : Perkakasan computer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

14) Syarikat : Est. Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

15) Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel

16) Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

17) Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman COLGATE

PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

Adakah korang sanggup menyerahkan duit korang kepada yahudi yang memusnahkan saudara kita di Palestin...ini saje lah yang mampu kita lakukan untuk melawan yahuni laknatullah...ayuh!! gunakan kuasa ekonomi korang untuk menyerang Yahudi...Takbir!!!

kalu nak lebih lagi layari http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.htm