Thursday, March 5, 2009

Hubungan manusia dengan buah-buahan

"Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil Jadilah seperti tandan petai,
bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana Jadilah seperti cili.
Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak,
ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

hehehe...joke je kawan2...jgn marah!!!

Tuesday, March 3, 2009

gambaran org yg berdosa dipadang masyar...tempah la sekarang kalu berminat!!

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Masyar

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid @ surau

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lln.

Kelebihan seorang ibu

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil
2. wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari
3. wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.
4. satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala
5. wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa
6. wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya
7. seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
8. seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya
9. bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala
10. apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat.

subhanallah...tibe2 teringat plak kat arwah mama cfu...semoga Allah tempatkan nya dikalangan org2 beriman...Aminnnn...

Makhluk Allah Yang Bernama Semut

Sang Semut makhluk Allah yang mungil

Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.

Siapakah Sang Semut?Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya. Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah.

Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.

Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan " Ada gula, ada semut.

Semut juga dikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.Keajaiban dan fakta menarik tentang semut
1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)
2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia ,bisanya mampu membunuh manusia.
4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.Istimewanya makhluk Allah ini,Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.

Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil...

Firman Allah yang bermaksud:“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.” (QS. Al-Hasyr, 59:24)

Semut Dalam Al QuranAllah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.

Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.(Surah An-Naml, Ayat 18)Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh.

Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya dan harus dipisahkan dari daging yang dimasak.

*Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidak,harus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.

*Pengajaran
Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191).

Monday, March 2, 2009

kenapa suka cium anak

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan .

Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilahkepada anakmu, ibubapa berhakterhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab...

Sunday, March 1, 2009

meredah ribut di kole linggi...

Sabtu ptg 28 feb 09...dlm situasi cfu yg demam...cfu gagahkan juga mendrive keter cfu menuju ke pengkalan kempas utk menguji skill mengudang yg cfu pelajari dr beberapa org otai...keadaan awan dilangit menunjukkan spesis awan kumulus nimbus makin mengelapkan langit...ttp kepala batu cfu tetap menyuruh cfu teruskan jugan eksporasi ni bersama putera mahkota cfu..sesampai je ke pengkalan kempas cfu bergegas ke jeti utk melihat keadaan air...malangnya pada ptg tu arus terlalu laju seperti air terjun...tu menunjukkan ujan lebat dihulu...keadaan air yg surut juga telah menghampakan cfu...dengan sedikit kecekalan cfu telah bergerak ke arah kaw. nipah sg.linggi utk melabuhkan umpan...walaupon harapan mendaratkan spesis udang mahupun ikan agak kabur...huhuhu

pengkalan kempas yg menjadi tempat pemburu udang galah lepak santai time air canteeekkkk..
dari gambar ini jelas kelihatan arus seperti air terjun di sg.linggi pada ptg tu....hampanya!!!uwaaa

sg.linggi menjadi taruhan melepaskan 'gian'...kaw. air surut yg berlumpur dan berjaya mencomotkan baju n peralatan pancing cfu.....huhuhu

kaw. ni menarik time air 'pasang mati'...bukan saje udang galah boleh diburu ttp siakap pon galak membaham umpan...silap2 leh tgok sang boye berenang sambil menjeling ke arah pemancing....adussss...kaw. ni mmg byk boye...AWAS!!

tak sampai setengah jam melabuhkan umpan cacing segar...ini lah hasil pertama n terakhir kerana cuaca n arus air tak mengizinkan....setiap kali baling umpan ketengah je umpan akan ditolak ketepi tebing...last2 sangkut kat tunggul kayu...tension je...baik blah...sekian.

cerita bodoh:untuk si Keldai

sememangnya Allah ta'ala melarang kita memilih pemimpin yang bodoh dan perosak (sufahak). Di dalam surah Al Baqarah Allah taala telah berfirman:

وإذا قيل لهم أمنوا كما أمن الناس قالوا أنؤمن كما أمن السفهاء ألا إتهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

Ertinya : Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang Munafik) agar berimanlah kamu sebagaimana orang-orang yang (mengikut Muhammad) itu beriman, kata mereka (orang Munafik) Apakah kami mahu beriman sebagaimana orang-orang bodoh yang mengikut Muhammad? Lalu Allah menjawab, sebenarnya merekalah yang bodoh tetapi mereka tidak pernah menyedarinya...

Menurut As Syeikh Dr Wahbah Az Zuhaili di dalam kitab tafsirnya (Tafsir Munir) menyatakan bahawa orang-orang Munafik dari kalangan bangsa Arab yang mengaku Islam telah memperlekehkan Nabi saw dan pengikutnya dengan mengatakan bahawa hanya orang-orang bodoh dan dungu sahaja yang mengikuti Nabi saw... dan yang mereka maksudkan itu ialah orang-orang miskin... orang-orang yang daif... fakir miskin hamba... golongan yang ditindas...

Hanya inilah sahaja golongan yang mahu mengikut Nabi saw dan golongan ini adalah golongan yang bodoh... Namun kata As Syeikh Dr Wahbah lagi... Allah membalas kata-kata kejian mereka itu dengan mendedahkan bahawa kata-kata kejian itu menyebabkan manusia

SEMAKIN SAYANG DENGAN NABI SAW DAN MEMBENCI PUAK-PUAK MUNAFIK YANG BERSEKOKNGKOL DENGAN PEMIMPIN KAFIR QURAISY YANG BENCIKAN NABI SAW.

Begitulah yang Allah jadikan setiap ucapan bodoh yang lahir dari puak-puak Munafik itu akan memakan diri mereka sendiri...

Kisah orang-orang bodoh ini dapat cfu kongsi bersama dengan semua pembaca di sini apabila di dalam suatu majalah lucu di mesir yang menceritakan tentang suatu watak jenaka yang bernama Jauhar... yang suatu hari telah diejek oleh seorang kaya dan terpelajar dengan perkataan Balhak (bodoh).

Apabila Jauhar mendengarnya dia pun merasa geli hati dengan perkataan yang dilemparkan kepadanya... lalu beliau pun berkata... sekiranya engkau betul-betul pandai maka tolong jawab teka-teki yang akan aku berikan padamu... kata sahabatnya yang kaya dan terpelajar ini silakan... Kata Jauhar :

''Baiklah ada seekor keldai yang hendak menyeberangi sebuah sungai... yang dalamnya beratus-ratus kilometer... luasnya juga beratus-ratus kilometer... dan dalamnya juga beratus-ratus meter... tambahnya lagi ''Tidak terdapat di sungai itu walau sebuah sampan... atau jambatan... atau apa sahaja untuk ke seberang... dan arusnya sangat laju... jadi bagaimana keldai ini mahu menyeberang..?

Kata sahabatnya yang sombong tadi setelah memikirkan beberapa lama : ''Entah aku pun tak tahu jawapannya apatah lagi soalan bodoh macam ni''!!

Maka jawab Jauhar...''Ha Ha..begitu jugalah dengan keldai ni tadi... dia pun tak tahu macamana cara nak menyeberang kerana dia pun (keldai) bodoh dan bangang macam kamu juga yang tak tahu nak menjawab walaupun satu soalan yang paling bodoh dalam dunia... kah kah kah kah kah ... !!!

Renung2kan lah....jgn la kita jadi bodoh...lagi teruk bodoh sombong.