Friday, February 27, 2009

Dua Bukit Satu Batang...majoriti sape menang??

Dua Bukit , 1 Batang.... Majoriti sapa menang.Nama Tajuk cam lucah jer hahahahah

Belum sempat ke Bukit Gantang
Bukit Selambau pun belum datang
Kita dikejutkan kematian Adun Batang Ai
Di Negeri Sarawak Bujang Senang
Maka sibuklah Anwar dan Hadi Awang
Untuk tawan dua bukit dan satu batang
Memang betul ini bukan kerja senang
Kena kerja kuat tak kira malam atau siang

Sebab musuh pasti juga mahu menang
Musuh diketuai oleh orang Pekan Pahang
Terkenal sebab suka bawa lari suami orang
Antaranya Cangkat Jering Bota dan Behrang
Dikurung hingga mengaku akan menyeberang

Ketua musuh sudah mula menyerang
Semua pasti beres sebab dia banyak wang
Perbendaharan negara dia yang pegang
Namun rakyat bukan semua mata wang
Bukan semua gila harta macam Hee Jelapang

Bukan semua boleh terbeli janji kau orang
Rakyat sudah muak dengan perangai kau orang
Kalau raja tak setuju kau orang panggil natang
Kaum yang bukan Melayu kau panggil pendatang
Buat demo dijalan kau kata macam kera semang
Tapi hari tu kau yang melebih dari kera miang
Kau rampas Perak dengan cara tipu dan wang
Bukan dengan mengikut lunas undang-undang
Kau juga suka siarkan gambar orang telanjang

Memang betul sentiasa mencari peluang
Kau pun sama malah tidur tanpa seurat benang
Tapi kita orang tak hingin nak tengok nenek orang
Dah dua pilihanraya di KT dan Permatang
Dua-duanya Pakatan Rakyat menang
Dengan izin Allah begitu juga akan datang
Batang Ai Bukit Selambau dan Bukit Gantang
Kita doa supaya Barisan Najis akan tumbang
Satu signal rakyat dah meluat kat hang!

petikan dr Keris Silau

lelaki nakal mudah menghairahkan pompuan...betul ke??

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1:
Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2:
Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3:
Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4:
Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5:
Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6:
Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7:
Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi rockers walaupun umur sudah melepasi had kelayakan dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya.

so ape komen korang yg pompuan tentang ni...betul ke??
cfu pon nak jadi nakal la gak ....ngeh...ngeh..ngeh.

Jika Wanita diumpamakan Ikan,korang pilih yg mana??

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?
IKAN SALMON

Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….

INI WANITA BERKERJAYA.....

IKAN AROWANA

Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....

INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOKI

ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....

INI BINI ORANG....


IKAN BANDARAYA

Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam..

.INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ nii.......

IKAN KELI

Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati

INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....

Wednesday, February 25, 2009

Mistik nombor 6666

Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar.

Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an.

Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:

Surah:
1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 6841
1-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 4281
6-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 5373
1-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 1655
1-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304 5
6-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 1846
1-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20
-----------------------------------------------------------
Jumlah besar = 6,236 ayat

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah."

Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi.

Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia.

Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:

1. "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)" (2:99).
2. "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).
3. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43)
.4. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).
5. "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin" (45:20), dan,
6. "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).

7 KEAJAIBAN DUNIA

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramida
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."SPensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,
Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.Subbahanallah..Pengajaran Cerita Ini:Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".

Semoga korang hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan korang..

teka teki iman al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru
Murid 3 = " Teman
" Murid 4 = " Kaum kerabat
" Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari
Murid 4 = " Bintang-bintang
" Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Muri d 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

" Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali d i dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

renung2kan lah...

Monday, February 23, 2009

Tercekik Tulang

cfu dpt citer dr satu blog...teringin cfu nak syer dgn korang citer ni...mana lah tau korang tercekik tulang nanti leh la amalkan petua ni...hehehe

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg s**a stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...

maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound: "apahal duduk macam nak berlari ajer...." "tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?" Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...

aku pun basuh tangan, lepas tu makanlah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? " aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "

Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. ..

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka.

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

semuanya dari Allah!!! he he he...

selamat mencuba

Friday, February 20, 2009

Rahsia Dan Faedah Minum Ais

walaupon cfu xla berminat sgt nak minum ais ni kecuali dh terpaksa...terpaksa dlm erti haus yg melampau2...hehe...ok kali ni cfu nak syer rahsia ais??layan je la....zaaassss!!

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiakdalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yangamat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkantulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadipenyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu permata.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehinggake dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan,gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulangdan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai denganrasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesankeracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan iamemerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakanamalan pemakanan di waktu pagi denganunsur-unsur yang panas.

Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Personaliti Anda Dan Kaitannya Dengan Binatang

Cuba tgk yang ni plak?xyah nak percaya sekadar suka2 aje...kalu dh percaya nti jatuh syirik plak...hehehe

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Thursday, February 19, 2009

99 langkah menuju kesempurnaan iman...

terlalu banyak pengajaran yg boleh diambil dari 99 langkah ini....setelah mengamatinya cfu merasakan diri cfu terlalu kerdil n terlalu banyak kekurangan yg terdapat dlm diri ini...cfu sentiasa beriktizam utk memperbaiki diri ini utk menjadi seorg manusia muslim yg lebih baik...cfu harap korang pun akan sama berubah menjadi lebih baik setiap hari...semoga hari ini kita akan lebih baik dr semalam...begitu lah seterusnya...amiiiinnnn.

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai perancangan/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati berduka dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengharapkan akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan musnah kerana kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta kita dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan halau orang peminta sedekah;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan hormatlah fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. latihlah akal supaya fokus;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Berkahwin jika sudah mampu;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Selalu berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mensembang kosong yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih kaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar berhibur;
87. Berbaiklah dengan setiap orang, walaupun yang orang itu tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang berkaitan dengan rakan kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan melewat-lwatkan pelaksanaan tugas dan kewajipan;
95. Sambutlah tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah dengan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.

Dr.Fadhilah Kamsah menulis....

Cfu tertarik dgn tulisan motivator terkenal ini...so cfu nak kongsilah dgn korang....moga dijadikan panduan...walaupun cfu xlah berguru dgn Dr.fadhilah secara langsung ttp cfu banyak mengetahui cara hidup motivator terkenal melalui guru cfu iaitu Prof. Datin Dr.Sharifah Md.nor iaitu isteri kepada Dato' Dr. Fadhilah...selamat menghayatinya terutama kpd kaum2 ibu sekelian.

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ...

tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...

solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.wallahualam..

zina berterusan walaupun telah diijabkabulkan...


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini, pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Cfu kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

Saturday, February 14, 2009

mandi wajib...

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula: ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan.

Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari: ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri. Bagi wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata:
Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub?

Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji.

Lalu baginda saw berkata sedemikian: دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu” Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله،
وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26 9) Meratakan air ke seluruh tubuh.

Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani) 10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki. Wallahu’alam. Rujukan: طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

Friday, February 13, 2009

10 ciri kita dah tua...(18sx)...hehehe

10 ciri2 kita dah TUA!!Betul ke????ade ke yg mcm ni....kuikuikui. ..hmmm...layan je la...zaaasss!!

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...

3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggungsaja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tuje la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tengok dia...hiyyyy! !!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlmkereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

76 tip untuk pikat hati is3

kali ni cfu nak kongsi sesuatu kepada para suami sekelian, semoga korang akan menghargai is3 anda...semoga is3 korang akan jadi pasangan dunia akhirat...pesanan cfu hargailah n sygilah isteri korang..semoga tips ini akan membantu rumahtangga korang akan bahagia selamanye...aminnnn!!.

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."

Thursday, February 12, 2009

Rahsia Gerak Laku mencerminkan sikap

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Tuesday, February 10, 2009

mane nak beli tuala ni??


sekadar hiburan...seksi tak towel ni...hehehe...kalu jumpa kat mane2 belikan kat cfu selai...mane2 design pon xpe...ekekeke

Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

misai sape paling cantik???





terdapat pelbagai seni di dunia ni...manusia akan sentiasa cari jalan utk menampakkan dirinya menarik dan lain dari yang lain....korang rasalah kan...misai sape lah yg paling cantik n seswai utk cfu tiru...hehehe

pokok 18sx





gambar2 yg cfu postkan kali ni adalah sebagai hiburan semata2....dan tidak bermaksud pon utk melakukan kelucahan terlampau...terpulanglah kepada persepsi masing2...hehehe...betol ke ader pokok cmni???ntah2 super impose jerk...kan...kan...kan.

Monday, February 9, 2009

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali HIDUP

- 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali

DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

kena tindih ke???...hehehe

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.

Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..just to share... cfu baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau cfu tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....cfu pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....setelah cfu masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la cfu tau kebenaran dia.... ni cfu nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu. Korang lagi hantu sebenornye.........tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah!!!! ...hahahaha

HOBI

(burung2 peliharaan cfu ni xder kaitan dlm post yg cfu nak citerkan...sekadar iklan je)
kali ni cfu nak postkan sesuatu yg xmemberatkan kepala otak bila membacanya...memandangkan sebelum ni post2 cfu banyak berkisar tentang politik dan masalah dunia...hahaha...utk itu cfu nak bercerita ttg hobi....setiap org ader hobi masing2...tak terkecualilah cfu...cfu ni banyak hobi tp yg cfu paling suker dan menjadi kegilaan cfu setiap kali melakukannya ialah manceng...manceng ni perlukan banyak kesabaran sbb bkn nya selalu dapat hasil...ada kalanya membangau jugak tunggu ikan kat port....(membangau merujuk kepada keadaan bangau yg tunggu ikan kat tebing2 sg...hehe)....memandang minat tahap gaban terhadap sukan ini...cfu now tengah kumpul bahan utk menyiapkan sebuah buku berkenaan xtvt dan teknik2 manceng...doa2kan lah siap yerk...hehehe.

ok lah utk post pertama ni cfu nak tunjuk alat-alatan perang yg wajib ader jika seseorang itu telah dirasuk dalam xtvt ini....semoga sedikit sebanyak leh jadi panduan kepada mereka yg baru nak berjinak dlm sukan ini...post2 akan datang cfu akan ajar perkara2 teknikal plak dlm sukan manceng ni...hehehe

utk menjadi pemancing seseorang tu kena ader reel n rod (joran & Mesinnya)...sekurang2nya 1 set...tp kalu dh level tegar kena la ader cam koleksi cfu ni...tu pon cfu tgah cari lagi 2-3 set...hehehe...tp agak pelikkan tangan cuma ader sepasang je...yg beli byk2 set pancing ni bila nak guna...hahaha

selain reel n rot kita jugak kena ader alat2 ni...lebih kurang la...bila dpt ikan alat2 ni la digunakan...

tak ketinggalan sauk ni...nti ikan dh makan kail...sampai tebing xsempat angkat ikan akan buat henjutan terakhir....tuuuussss...putus tali...berputih mata la...termimpi2 plak korang...jgn esoknya di bom sg tu plak sbb ikan yg terlepas tu...hehehe

haaaaa.... ni plak lure atau gewang (gewang pon ader pelbagai...cfu akan cerita di post lain nti)...cara menggunakan makluk2 ni adalah dgn cara casting atau trolling....ni kiranya umpan tiruan la...banyak jual kat kedai tu...nak guna lure ni mesti ader caranya...jgn pulak korang baling n tunggu dia tenggelam cam manceng bottom tu...sampai kiamat pon ikan xmakan...hehehe...nti cfu akan post plak cara guna makluk2 ni....antara jenama yg popular kat kedai tu ialah Rapala, halco, strike pro dan banyak lagi lah...

bagi yg baru berjinak2 dlm lapangan manceng ni...disarankan banyak membaca majalah2 manceng yg terdapat dipasaran utk belajar teknik2 dan juga utk menaikkan semangat pemanceng utk terus meredah segala lubuk yg dijumpai...xkiralah sg,laut, lombong,kolam,paya dan longkang....janji ader ikan...dimana ader ikan disitu ader aku.....hehehe...disarankan juga pemanceng2 melawati blog2 manceng dan menjadi ahli...banyak website mahupon blog manceng yg popular seperti lubuk.net, kakipancing.net dan sebagainya...korang leh berforum kat sini dan belajar dr otai2 kat dalam tu...kalu xminat berforum jenguk2 la blog2 ni...leh gak dpt info n ilmu yg berguna.

tp saat yg paling best ialah bila kita manceng ikan tapi yg dapat lobster....hahaha...meriah tol hidup kan..


wah!!!! indahnya panorama port manceng sebegini....selain manceng leh gak kita tenangkan fikiran....aaaaahhhhh...bila la cfu leh gi lagi...ni port tasik kenyir yg cfu gi pd bln 12 tahun lepas.


hasil penat lelah berbaloi apabila kita memperolehi hasil sebegini...sekurang2nya leh la wat lauk...xpon jual kat pasar...hahaha ni gambar ikan baung...kat pasar harganya RM20-26 sekilo...hehehe.
oklah tangan cfu dah mengigil ni...rasa terkena karan plak...hujung minggu ni cfu akan turun manceng lagi...yahooooo....selamat memanceng semua...zaaasssss.

Wednesday, February 4, 2009

Terbaru : PENDEDAHAN baru Chedet

ni info yg cfu dapat...bkn cfu cakap tp chedet bekas PM ke-4 yg cakap...sejauh mana kebenarannya hanya chedet saje yg tau...sebagai pembaca kita hanya leh menilaikan saje...hehehe

RASUAH UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad on February 3

1. Semasa bahagian-bahagian UMNO sedang menamakan calon untuk jawatan-jawatan parti, terdapat laporan bahawa Jawatankuasa Disiplin telah terima lebih daripada 900 aduan berkenaan dengan rasuah.

2. Tetapi hingga kini tidak ada apa-apa pun berita tentang tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Disiplin atau mana-mana pihak.

3. Sekarang kita dengar cerita lain pula. Wakil-wakil Bahagian yang akan hadir Mesyuarat Agong pada bulan Mac sudah pun ditentukan oleh bahagian-bahagian. Mereka terdiri daripada ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan tujuh orang yang dipilih dalam mesyuarat bahagian yang lalu. Jumlah 11 orang semuanya.

4. UMNO mempunyai lebih kurang 190 bahagian, bermakna jumlah wakil ke Mesyuarat Agong adalah seramai 2,090 + ahli Majlis Tertinggi.

5. Sasaran rasuah ialah kepada 2,090 wakil ini. Saya dengar (tetapi saya tidak percaya) sudah ada calon bagi jawatan tertentu yang sudah beri elaun bulanan kepada sebilangan besar daripada 2,090 wakil ini. Bahagian mereka mencalon calon-calon tertentu tetapi yang akan undi dalam Mesyuarat Agong ialah perwakilan. Dan mereka yang dapat elaun mungkin (mungkin sahaja) akan undi calon yang memberi elaun kepada.

6. Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka UMNO akan dipimpin oleh perasuah.

7. Dan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit Kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan Kerajaan.

8. Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh Kerajaan pimpinan perasuah.

9. Saya tanya jika tidak ingin apakah yang mereka boleh buat?

10. Mereka akan perhati dengan teliti pemilihan pemimpin UMNO bulan Mac ini.

11. Jika perwakilan UMNO memilih orang yang diketahui umum mengguna wang untuk dapat undi dan menjadi pemimpin UMNO mereka akan tentukan UMNO dan Barisan Nasional akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

12. Bolehkah mereka berbuat demikian? Jawab mereka lihat sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke-12. BN kalah di lima buah negeri dan tidak dapat 2/3 di Parlimen kerana mereka memberi undi mereka kepada parti lawan.

13. Undi mereka, kata mereka adalah undi penentu. UMNO tidak boleh menang kerana undi ahli-ahli UMNO sahaja. UMNO perlu undi pengundi yang bukan ahli.

14. Kata mereka bukan sahaja yang bebas tidak akan beri undi pada calon pilihanraya UMNO, tetapi ramai juga ahli UMNO yang kecewa kerana kelakuan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak akan mengundi calon UMNO dan BN. Mereka yakin kalau mereka percaya pemimpin UMNO yang dipilih Mac ini adalah perasuah, mereka akan tentukan UMNO akan kalah Pilihanraya Umum ke-13.

15. Pendapat ini disuarakan juga oleh orang Cina dan India. Kalau yang akan pimpin UMNO lepas Mac ini adalah yang terkenal mengguna wang untuk jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO, mereka juga akan undi parti lawan.

16. UMNO tidak perlu ambilkira pendapat mereka ini. Bukankah UMNO parti yang terkuat di Malaysia? Takkanlah UMNO boleh dikalahkan!"

Tuesday, February 3, 2009

Isu Politik Perak : Ulasan Menarik Tentang Strategi Anwar Malukan Umno

cfu terjumpa artikel yg menarik ini....sebagai seorang ahli akedamik yg terlibat secara langsung dengan bidang politik cfu terpanggil utk post kan ulasan ini...cfu merasakan bahawa ulasan ini cukup menarik utk dikongsi bersama korang....selamat menganalisis.

Satu analisis menarik yang dibuat oleh blogger Nuraflah tentang strategi licik Anwar. Betul atau salah boleh fikirkan!!!!!

DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru.


Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik. Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.


Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP.


Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama.


Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar.


Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya. Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap.

Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.


Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong. Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR.


Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.


Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah. Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.


Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi.


Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.


Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini].


Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.


Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.Fikir-fikirkanlah.

http://www.telokbakong.com/

seni perang politik

Semenjak pilihanraya umum tahun lalu, rakyat Malaysia tidak sunyi daripada pergolakan politik yang menyaksikan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sentiasa bertempur. Politik pilihanraya di Malaysia sentiasa panas - daripada pilihanraya umum kepada dua pilihanraya kecil. Selepas 8 Mac, pertempuran berterusan di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu.

Setakat dua pilihanraya kecil yang berlangsung, kesemuanya memihak kepada Pakatan - fenomena baru kerana dalam sejarah politik negara, pilihanraya kecil jarang sekali tidak memihak kepada BN. Setakat dua pilihanraya kecil yang berlangsung, kesemuanya memihak kepada Pakatan - fenomena baru kerana dalam sejarah politik negara, pilihanraya kecil jarang sekali tidak memihak kepada BN.

Cuma kes-kes terpencil seperti pilihanraya kecil DUN Lunas dan Anak Bukit yang menyaksikan parti pembangkang berjaya memenanginya. Dalam pilihanraya kecil, BN mampu mengerahkan seluruh jentera kerajaan dan media arus perdana untuk membantu mereka menang. Di pihak pembangkang pula, mereka hanya bergantung kepada media-media alternatif dan jentera parti untuk berkempen dengan tampungan dana yang kecil.

Namun keadaan kini telah berbeza. Strategi lama yang sering digunapakai oleh BN tidak lagi berjaya untuk menarik pengundi. Walaupun mempunyai kelebihan undi pos, BN tetap gagal dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Selepas pilihanraya kecil 17 Januari lalu yang menyaksikan Pakatan merampas kerusi P36 daripada BN, politik negara terus bergolak. Semuanya bermula dengan kemasukkan Adun Bota, Nasharuddin Hashim daripada Umno kepada PKR pada 25 Januari.

Kemasukan “orang lama” Umno itu memberikan tamparan hebat kepada Umno terutamanya timbalan perdana menteri Najib Razak yang akan mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah Badawi bulan depan. Tamparan hebat yang diterima oleh beliau akibat kekalahan pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu belum lagi pulih dan kini beliau ditampar lagi apabila Adun Umno menyertai PKR.

Belum reda Pakatan Rakyat di Perak merayakan kemasukan Nasharuddin, krisis terbaru muncul. Kali ini lebih hebat lagi. BN yang terduduk akibat kehilangan seorang Adunnya membuat "serangan balas". Bermula dengan kehilangan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu - kedua-duanya exco kerajaan Perak dari PKR - selama beberapa hari sehingga menteri besa dan ahli keluarga gagal menghubungi mereka.

Desas-desus kuat mengatakan bahawa dua pemimpin PKR ini berada di Pekan, Pahang - kubu kuat Najib. Kerajaan Perak yang dipimpin oleh Pakatan tidak hanya duduk diam dalam menghadapi permasalahan ini. Speaker DUN V Sivakumar mengumumkan pada bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada kedua-dua Adun tersebut.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faksimili pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya. Keesokan harinya, beliau memaklumkan SPR Perak mengenai perkara tersebut dan menyerahkan notis pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering. Beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatan kedua-dua wakil rakyat tersebut.

Tindakan Sivakumar telah memecahkan kebuntuan. Kedua-dua wakil rakyat yang hilang muncul dan menafikan peletakan jawatan mereka menerusi media. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan pilihanraya kecil tidak adakan diadakan kerana kedua-duanya masih lagi wakil rakyat yang sah dan menolak surat peletakan jawatan mereka yang diserah oleh Sivakumar. Keputusan SPR itu bagaimanapun dicabar.

Pakatan Rakyat di Perak memberikan tempoh 48 jam untuk suruhanjaya itu menarik balik keputusan itu atau menghadapi tindakan mereka selanjutnya.

(ii)

Jamaluddin dan Mohd Osman sedang menghadapai pertuduhan rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Febuari ini. Menurut dakwaan pemimpin PKR, jika mereka menyertai Umno, dakwaan kes rasuah tersebut akan digugurkan. Dari segi politik, adalah tidak bijak bagi Umno untuk menerima dua exco kerajaan negeri yang sedang terpalit dengan tuduhan rasuah ini.

Jika Umno tetap menerima mereka, sahlah apa yang dituduh selama ini bahawa Umno parti yang mempertahankan rasuah. Tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan Perak telah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional berada dalam keadaan tertekan. Ia ditambah dengan pengakuan bersumpah seorang ketua bahagian PKR dan laporan polis yang dibuat oleh exco kerajaan Kedah semalam.

Fauzi Muda dari Ipoh Barat mendedahkan dalam akuan berkanunnya, mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menawarkan RM50 juta kepadanya untuk memujuk dua Adun PKR itu untuk menyertai BN, sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Perak. Fauzi seterusnya mencabar Najib yang juga timbalan presiden Umno untuk menafikan dakwaannya itu.

Sehingga kini, Najib belum lagi menyahut cabaran Fauzi untuk menafikan tuduhan tersebut walaupun bekas timbalannya di Kementerian Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah mengesahkan pertemuan tersebut di kediaman rasminya di Putrajaya. Adun PKR Kedah itu, V Arumugam mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.

Beliau membuat satu laporan polis, mendakwa ugutan jenayah terhadapnya, keluarganya dan pegawai-pegawainya, antaranya: cubaan menculiknya pada 17 Oktober tahun lepas, diugut melalui pegawainya dengan panggilan telefon, antaranya pada 31 Mac tahun lalu, cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri yang diguna olehnya dipecahkan dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember lalu, dan beberapa individu dihantar untuk memujuknya keluar dari PKR, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Menurut Arumugam lagi, beliau membuat laporan polis oleh kerana khuatir terhadap keselamatan diri dan keluarganya selepas melihat perkembangan yang berlaku di Perak sekarang. Kedua-dua dakwaan ini sekaligus ibarat “mempalitkan arang” kemuka Najib yang seharusnya merayakan kemasukan dua Adun PKR bersama BN. Tambahan lagi, Najib akan menjadi presiden Umno secara rasmi pada Mac. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh Najib.

Selain menjawab pertuduhan-pertuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya, persepsi umum masih lagi belum dapat dipulihkan mengenai penglibatan dirinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu - walau beliau sering menafikannya. Dalam pertempuran hebat dan yang belum pernah berhenti semenjak tsunami politik 8 Mac, Malaysia berada di persimpangan: Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Sama ada Najib Razak atau Anwar Ibrahim.

kita saksikalah sambungan perang politik ini nanti...apakah kesudahannya...kuasa ditangan rakyat...suara rakyat suara keramat...itulah yg sering dilaungkan oleh Najib mahupun anwar.