Saturday, November 29, 2008

bilangan malaikat,jin dan manusia


Menurut sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia" Hadis ini membawa maksud bahawa makhluk Allah yang terbesar sekali bilangan jumlahnya ialah para Malaikat.


Jika menurut hadis di atas, peratusan para Malaikat dalam perbandingan jumlah keseluruhan mereka jika dibandingkan dengan Jinn dan manusia ialah:


Malaikat : 90%

Jinn : 9%

Manusia : 1%

Muhammad Isa Dawud pula menghuraikannya;

Perbezaan umur jin dgn manusia ialah 1:10, Ini bermakna jin yg berusia 10 tahun tahap perkembangan fizikal dan mental manusia 1 tahun, begitulah purata umur jin dgn manusia, manusia hidup meninggal sekitar 70-80 tahun, jin pula hidup 700-800 tahun umur jin yg panjang menyebabkan ilmu dunia mrk berada di depan manusia. Dikatakan bahawa kemajuan sains dan teknologi bangsa jin melebihi kemajuan umat manusia 300 tahun...

wALLAHu a'lam..

maklumat dari link: http://satuhala.blogspot.com

Thursday, November 27, 2008

rahsia alamat email

kali ni cfu nak korang tau...alamat email korang pon sebenarnya ada maksud disebaliknya...kali ni cfu akan bongkar...dedahkan dan telanjangkan makna yang tersirat disebalik alamat email korang tuuuu.....hua...hua...hua...adusss...sempot lak gelak byk2 ni...layan je ler....zaaassss...

Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya rosmin_adam@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Mohamad Kassim Selamat. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai mohamadkassim@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: MizaN1976@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
kekekeke… ramai yg suka buat email begini..Contohnya cfu z@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: bgx7165@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

rahsia tulisan

adusss...banyak tol rahsia nak cfu bongkarkan...ni plak sal rahsia tulisan...korang baca lah...zasssss...miaaahhahhaaaa!!!

Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan
Tegak -
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan -
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri -
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan
Besar -
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil -
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.


Semakin kecil -
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan
Lebar -
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus -
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat -
Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat -
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung -
Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai -
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

Jarak tulisan
Tulisan jauh -
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat -
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil -
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil -
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat -
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya

rahsia tahi lalat...

Semua manusia ada tahi lalat...tul x...sape yang xder tahi lalat tu kira alien laaa..mungkin korang pernah dgr org kata tali lalat melambangkan keperibadian seseorang...sini cfu nak kongsi sket rahsia tahi lalat yg ada kat body korang tu....tp bg korang yg ada tahi lalat kat seluruh body kira semua ni korang punye ler...hahaha

bibir atas kanan---banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ---ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan---disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri---pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan---cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri---cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah--- tercapai cita-cita
biji mata kanan---suka serong dan pembohong
biji mata kiri---pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan---baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri---- baik budi, murah rezeki
punggung kanan---agak mengalami kesulitan
punggung kiri---- malas dan suka duduk
betis kanan---suka berhibur, boros
betis kiri---rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan---bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri---kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan---terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri---sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang---jujur, sabar dan tekun
kening kanan---cerdas dan cekap
kening kiri---cerdas, sopan santun
tengah kening---keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan---kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri---suka berpoya-poya
ketiak kanan---dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri--- jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan--- suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri--- kehendak kuat
batang hidung---banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung---banyak rezeki
dagu bawah kanan---jujur dan baik hati
dagu bawah kiri--- bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri---baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)---bakal beristeri 2
tumit kanan---jujur dan banyak kawan
tumit kiri---baik budi
alis kanan--- suka menolong, baik hati
alis kiri---ramai yang suka
pangkal peha kanan---kemahuan kuat
pangkal peha kiri---suka kerja apa pun
telapak kaki kanan---tak mudah mengeluh
jari kaki kanan---suka menolong
jari kaki kiri---berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan---cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri---suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan---baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri---ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan---setia dan taat pada atasan
lengan kiri---menepati janji dan rajin
pipi kanan---ramai teman
tengah-tengah pipi kanan---ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri---ramai teman
ubun-ubun---kurang jujur
pusat---cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan---sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri---beroleh kemuliaan
pinggang kanan---sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri---disayang pasangan hidup
dada kanan---dapat mengatasi masalah
dada kiri---berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan---tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri---baik budi pekertinya
siku tangan kanan---kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri---baik hati, suka menolong
jari tangan kanan---serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri---serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan---banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri---banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan----boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri---dapat berpangkat
perut bawah kanan---banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri---baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam---disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam---tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar---baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri---murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan---serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan---atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas---baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah---agak malas
kelopak mata kiri bawah---agak bodoh, kurang bijaksana

peribadi dan tarikh lahir bulan hijrah

Terlalu banyak kaedah untuk mengenali peribadi seseorang...sejauh mana kebenarannya...anda nilai lah sendiri...kali ini cfu nak kongsi kaitan kelahiran seseorang dengan tahun hijrah(lslam). cfu petik dari sumber http://www.islam.com/islamicdates.asp.

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Wednesday, November 26, 2008

rahsia bulan kelahiran

Rahsia lagi..sesungguhnya cfu penuh dengan rahsia...hehe...renungi lah bulan kelahiran anda dan kaitannya dengan peribadi anda....artikel ini hasil kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah (sifu segala sifu)...



Bulan Januari
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.


Bulan Februari
Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


Bulan Mac
Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


Bulan April
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

Bulan Mei
Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Bulan Jun
Berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Bulan Julai
Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

Bulan September
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

Bulan Oktober
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

Bulan November
Banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Bulan Disember
Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

rahsia tanda tangan

berjumpa lagi...kali ini cfu ingin berkongsi rahsia tanda tangan...ada org kata sign melambangkan keperibadian seseorang...hmmm...sejauh mana kebenarannya...anda sendiri yg tentukan...ok layan je la...zaaasssss

Banyak cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu. Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?
Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?
Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.


Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.
Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.
Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.
Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.
Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.


Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.
Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.


Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.
Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.
Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.


Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.
Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda…
Makna tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~ Seorang yang sangat yakin
~ Ada personaliti yang hebat
~ Agak mementingkan diri sendiri
~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
2. Dua titik di bawah tanda tangan
~ Anda romantik
~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
3. Satu titik di bawah tanda tangan
~ Anda kelihatan mudah dan tenang
~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~ Seronok dengan kehidupan
~ Ikut gaya dan cara sendiri
~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~ Anda sentiasa berusaha supaya smart
~ Suka berselindung
~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~ Anda cepat menukar pandangan dan idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~ Seorang yang sangat prihatin
~ Tidak pentingkan diri sendiri
~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~ Seorang pemikir
~ Seorang yang mudah serik
8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~ Seorang yang sangat baik
~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
~ Tegas dengan pendapat sendiri
~ Ada semangat yang tinggi


Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik...hehehe...

pemilihan huruf pertama pada nama...entah ler..baca bleh caya jangan

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan...tapi huruf depan nama cfu zams xder ek...hahaha...cfu zams penuh dengan misteri...zasssss...

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

sentiasalah mengingati mati...

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dansukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana inimenandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.

Sejauh manakah kebenarannya hanya Allah sahaja maha mengetahui..mengingati mati itu adalah suatu yang bijak..

Tuesday, November 25, 2008

ikan-ikan aneh

misteri duyong...
Pirana terbesar di dunia...
cam gigi boya...kalau kena gigit..tinggal tulang je ler...


ikan kembar siam...pakej pancing sekor dpt 2...sanggup ke nak makan??



duyung oh duyung...tak cam maya karin pon..huhu




ni ikan pe plak...agaknya duyung pencen kot...menakutkan...eeeiii!!!




ni la ikan baung yg makan org kat India baru2 ni...sape yg mengidam baung tu fikir semula niat tu....sekampung xhabis makan ni....
ni ke yang dikatakan naga??







ikan ni kalau buat ikan masin mesti best!!!




amboiiii tayang gigi nampak!!!



ikan pra-sejarah??



sape kata duyung tu cun...hehe



acara kuak lentang gaya duyung...




makluk ape kah ini...duyung atau alien??










salam perkenalan dari cfu zams...blog yang penuh informasi akan temui anda nanti...blog ini bakal diisi dengan pelbagai maklumat ilmiah, politik, sosial, misteri alam, isu-isu semasa dalam dan luar negara selain aktiviti-aktiviti cfu zams...tunggguuuuuu!!!