Sunday, January 18, 2009

perkara2 aneh sepanjang PRK KT (sungguh mencurigakan)..

PRK KT cukup hangat...pemenang pon telah diketahui...tahniah kpd haji wahid endut (PAS)...semoga amanah yg diberikan rakyat dpt dilaksanakan dengan sebaiknya...bagi yg tewas...muhasabah diri n pk kan strategi terbaik menarik hati mengundi pd PRU 13 nanti...cuma apa yg cfu tertarik dlm pilihanraya ini ialah laporan yg dikeluarkan oleh Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) mengenai kebokrokan berkempen parti2 yg bertanding...pemerhatian ini dibuat selama 20 hari oleh NIEI....secara ringkasnya seperti berikut:

Amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh Barisan Nasional (BN) berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion dan salah guna kuasa:

1. Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

2. Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

3. Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

4. Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

5. Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

6. Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

7. Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

8. Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

9. Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

10. Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

11. Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

12. Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

13. Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

14. Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering


15. memberi wang sebanyak RM250-RM300 seorang kepada pengundi ketika berkempen..dan duit ang pau kepada pddk cina sebanyak RM300 setiap org..



salah guna kuasa
a. Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).

b. Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.

c. Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

d. Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

e. Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

f. Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

penyalahgunaan jentera kerajaan semasa berkempen (kementerian)

Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti...BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

i-Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

ii-RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

iii-Penggantian atap-atap.

iv-Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

-kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang membiayai kos perbelanjaan mereka di sana.

-Amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

-NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

salah laku PAS masa berkempen:

pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

No comments: