Tuesday, March 31, 2009

keter mercedes future

nampak cam biasa je kan...pe perbezaanya yang membuatkan keter ni cukup istimewa....cfu pasti keter ni akan menjadi ikon utk keter2 pada masa akan datang...saksikan gambar2nye...fuhhhh!!!





inilah perbezaanya...di mana keter ni xpakai stering n xder pedal...cuma guna joystick je...cam korang main PS 3 tuh....mudahkan nak pandu keter ni...n korang leh duduk sblh kiri or kanan semasa memandu...hmmmm...menarik!!!
p/s: cfu rasa berkenang bangat pada ini mobil...rasanya cfu perlu mula menabung dari sekarang...by the time keter ni sampai mesia...duit cfu mesti dh cukup utk membelinye....eh! mana plak tabung ayam cfu ni pergi....hahaha

Sunday, March 29, 2009

penamaan calon p/raya bkt.selambau mencatat sejarahnya yg tersendiri apabila 15 org calon yg bertanding...13 calon bebas, 1 PKR dan 1 BN...rekod malaysia ni!!!....SPR terpaksa mereka cipta beberapa lagi lambang sebab stok lambang SPR xcukup...hehehe...dan kertas undi pon akan dibesarkan memandangkan terlalu banyak lambang perlu dimasukkan dlm kertas undi tersebut...ni lah negara demokrasi...sape2 pon leh bertanding jika layak...cuma yg cfu musykilkan...nape ramai sgt bertanding kat bkt.selambau ni...sedangkan kat bkt.gantang 3 calon je...batang ai plak 2 penjuru...bkt. selambau dh jd 1 fenomena...sakit kepala cfu nak teka sape yg bakal menang...agak2 korang sape lah yg menang nanti ek???hmmmm!!!

lambang dan nama2 calon bebas PRK bkt. selambau.


A. Jayagopal (payung),

Radzi Md Lazim (kerusi),


S. Moganakumar (buku),


Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon)


R. Loganathan (lambang kelapa sawit),


T.Chandrarajan (kapal terbang).

Abdul Rahim Abu (jam loceng),

M. Vanesan (ikan),


Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),

L. Sarala (basikal),

Husaini Yaacob (bas),



Khamis Awang (ayam jantan),

Tan Hock Huat (kunci),


Friday, March 27, 2009

saya mimpi basah pak...

satu hari pok dik ( bukan nama sebenar) bangun pagi2 dan menangis teresak esak...

bapanya yang kehairanan melihat telatah anaknya bertanya " awat hang dok teriak pagi2 buta ni?

"pok dik menjawab "saya mimpi basah pak"

bapaknya tersenyum lalu berkata... "orang mimpi basah selalunya tersenyum... awat hang teriak?"

pokdik menjawab lagi " saya mimpi bapak yang basah"

bapaknya yang tersipu malu bertanya... "apa bapak buat dalam mimpi hang?"

sambil menangis pokdik berkata.." saya tengok orang mandikan mayat bapak... basah tuuuu...

""saya tengok kuboq bapak penuh air bila nak kebumikan bapak.. sebab bapak banyak dosa... basah tuuuu..

""saya tengok bapak menangis sampai bertakung air dalam kubur bapak bila ular sujaul aqra' mematuk bapak sebab bapak malas sembahyang... basah tuuuuu... bapak"

"saya nampak di padang mahsyar bapak berjalan dan lemas dalam air peluh sendiri sehingga paras hidung sebab bapak selalu buat perkara mungkar... basah tuuuu...."

saya tengok bapak minum air panas mengelegak dalam neraka sebab bapak suka makan rezeki yang haram... basah tuuuuu......

"bapak: "astaghfirullah..... ya Allah...... Ampunkan aku...."

Tangisan Mengiringi Perpisahan

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

MORAL & IKTIBAR *

Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah *

Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain. * Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar *

Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan- nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina- Allah) *

Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. *

Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya *

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Thursday, March 26, 2009

doa elak dirogol...

khas utk pelajar2 cfu dan kaum wanita diluar sana...doa kot bahasa Melayu bahasa Arab xder la...bace kot Melayu pon Allah faham...janji kita doa ikhlas...hehe...ok doanya seperti di bawah:

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

SELAMAT BERAMAL....

Spekulasi...Persepsi atau.......

Najib Razak and the Ghost of Altantuya

Semua sudah sedia maklum, kini mata rakyat malaysia tertumpu kepada perhimpunan umno yg menyaksikan peralihan tampuk pemeritahan negara dari DS Pak lah kpd timb.nya DS Najib. proses peralihan kuasa ini nampaknya seakan berjalan lancar namun hakikat masih ader suatu perkara pada pandangan cfu, DSN kena lakukan sebelum duduk dikerusi empuk Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. apakah isu yg perlu di"settle"kan oleh DSN itu???mesti ramai tertanya2...

Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak sedar...seakan ada satu gerakan utk memburukkan DSN di luar negara sedang dilakukan...siapa yg lakukannya itu tidaklah penting bg cfu kerana cfu tidak terlibat dgn politik...cuma apa yg merisaukan cfu sebagai seorg rakyat dlm negara ini ialah imej bakal PM kita ini telah terpalit dengan kotoran, yg secara tdk langsung boleh memburukkan imej negara dimata dunia.


Nah...sudah tentu korang telah dpt membuat telahan ttg apa yg cfu ingin sampaikan...ya...sudah tentulah mengenai kes altantuya...kisah "kononnya" DSN terlibat dgn pembunuhan wanita mongolia dan terlibat dgn rasuah telah diwar2kan dibeberapa akhbar diseluruh dunia...bermula dari akhbar Perancis...sehingga lah yg terbaru karikatur dr akhbar The Korea Times (seperti gambar yg cfu postkan kat atas).


Antara akhbar yg mengeluarkan isu ni ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).


Jika segala tuduhan ini tidak berasas dan hanya fitnah...harapan cfu sebagai rakyat Malaysia, hendaknya DSN mengambil tidakan terhadap akhbar2 ini (iaitu menyaman) sblm beliau menjadi PM...ini penting supaya negara2 luar tidak melihat Malaysia yg kita cintai ini dipimpin oleh pemimpin yg melakukan jenayah...dan ini amat memalukan rakyat dan negara...tetapi sekiranya langkah berdiam diri dibuat, pastinya persepsi rakyat Malaysia dan dunia akan menganggap segala berita yg disiarkan itu adalah benar...sekian.


cfu: politik Malaysia dh jd haru biru bluessss...teringat citer pendekar bujang lapok...nun ya wau ta'= SARKAS....hehehe

Wednesday, March 25, 2009

jatuh cinta jika renung 8.2 saat...

LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu. Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.

Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing. Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. - Agensi

p/s: rasa2 cfu la belum sempat 8.2 saat...penampar dah hinggap kat muker...laaarrriiii!!!

Tuesday, March 24, 2009

Jgn Mencari Terlalu Sempurna...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail..Hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia...semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...Ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU...Hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....Cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga

jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa...Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...Yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan... Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal...

Begitu juga

jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah...cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...Terlalu mengejar kesempurnaan....Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...Kamu juga yang akan MENYESAL....

Harap info di atas dpt bg kite KEINSAFAN bhwa manusia nie bkn SEMPURNA...

Pohon Semalu & Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Berpancaran sebelum KAHWIN

Hujah yang sering ditimbulkan oleh mereka yang ber"couple" sebelum kahwin..

Kami tidak berzina! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke? Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid. Sungguh!

Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua- duaan SAHAJA) Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.* Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa- apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi. Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al- Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah? Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati..... Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Si dia ini lain dari yang lain.

Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat) Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni.

Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , Ya Rabbal 'alamin.

Moga Allah terima taubat mu. kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh, tidak ke mana!(sekadar renungan utk pelajar2 cfu)

Sunday, March 22, 2009

KISAH TELADAN SUAMI dan ISTERI

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq". "Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni".

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.

Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam". "Itu saja ke haji?" "Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana". Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni.

" Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya.

Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni ada lah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam.

Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter.

Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia.

Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad. "Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?". "Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang.

Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali.

Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.

" Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!" Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain.

Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

Hah...moral of the story...jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau!!! positif: Susah gak kalau bini takde, ko nak berleter, berleterlah!

Kisah Perangkap Tikus

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sangpetani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya?Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.

Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit
memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah,awaslah,ada perangkap tikus di dalam rumah!"Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk
tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus,akutahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara
peribadi takada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah.

"Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, " Ada
perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah,aku menyesal dengar khabar ini,"si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatu
pun yang bisa ku laku kan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!

"Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.

Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasabegitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya.

Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya kehospital. Dia kembali ke rumah dengan demam.

Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petaniitu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan-bahan untuk supnya itu.

Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.Isteri petani itu tak kunjung sembuh.

Dia mati, jadi makin banyaklagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.

Moral kisah ini:Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada 'perangkap tikus'didalam rumah, seluruh 'ladang pertanian' ikut menanggung risikonya .

Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya...sekurang-kurangnya bersimpatilah kepada mereka yg dalam kesusahan...

Bentuk Badan Wanita

Apa yang bermain di fikiran anda sebelum membeli pakaian,kasut/ aksesori?Adakah anda hanya mementingkan jenama atau harga,ataupun potongannya yang sesuai dengan bentuk badan anda? Jika potongan yang bersesuaian dengan bentuk badan yang anda fikirkan,anda seorang yang BIJAK berfesyen !!..harap2 korang dapat ilham dr post ni...

Bertubuh Rendah
Perlu berhati2 dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/ corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel.Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg.Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi.Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi PENDEK!!

Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek.Seluar panjang potongan hipster paling tepat.Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga x digalakkan.

Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemiliha beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal sgt tidak sesuai utk anda. Sebaiknya,pilih kasut bertumit ramping dan selesa.

Bertubuh Besar di bahagian atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

cfu jd nelayan la pulok...hehe

Agak lama cfu tak post sumting kat blog cfu ni...memandangkan cfu sibuk dengan aktiviti outdoor cfu...iaitu xtvt memancing!!!! saksikan paparannye...hehehe

pada 21 mac 2009 cfu bersekempatan utk kesekian kalinya menjadi nelayan celup...kali ni cfu berkomplot di perairan kuala terengganu selama satu malam...cfu dan member2 bergerak pada 4.00 ptg dr pelabuhan perikanan pulau kambing...menuju ke peraiaran sekitar pulau kapas...lebih kurang sejam lebih sampailah ke tukun pertama dan masing2 melabuhkan umpan...manakala cfu lebih berminat melakukan popping n jigging je(umpan tiruan ler)...hehe


namun hasil kurang...kami berpindah ke tukun kedua sekitar kul 8 malam...memandang laut kurang bergelora maka aktiviti mencandat sotong dilakukan...ikutilah citer seterusnya berdasar gambar yg cfu postkan...xsempat nak amik gamba byk2 memandangkan bz memanceng...muahahaha... "pak su" cfu bersama sotong yg dicandatnye...leh tahan besarnye...pak su nti sponsor la lagi bot...anak buah mu ini dengan relanya akan followwwww...hahaha

cfu dengan ikan kaci seberat 2.2 kg...berat giler semasa tarik menarik berlaku...krem tangan woooo...hehehe

ni merah tanda seberat sekilo...leh la wat geli2 n menghiburkan hati tak kala org lain sibuk mencandat sotong....

ikan "Yu Bodoh" kedua yg cfu naikkan pada kul 2.53 pagi....ingatkan ikan pe yg tarik joran cfu sampai melenduk dan mengemparkan satu bot...rupe2nye...ikan yu...yu pon yu la...janji ikan...wat kari pon sodap....

antara pemandangan diwaktu pagi semasa perjalanan balik dr laut....indah sungguh ketika berada dilaut...panorama cmni lah wat cfu nak berkomplot lagi...huhuhu



setelah bersengkang mata semalaman inilah hasilnya...agak lumayan bagi seorang nelayan celup...ekekeke

sotong ni kalu wat celup tepung....perrrggghhhh......marbelesssss!!!!

spesis ikan yg seswai utk dijadikan ikan bakar.....sssrrruuupppp....meleleh air liur cfu....freshhhhh beb!!!


2 ikan "yu bodoh" hasil pancingan cfu melakukan post yg mengiurkan...nti la ko yu....kari daun kesom la ko jap lagi ni....

xkan manceng penat2 xnak makan....nahhhh ini dia ikan merah tanda dikorbankan dikedai seafood...dh siap jadi ikan bakar yg menyelerakan....xyah penat2 nak masak sendiri...hantar je kt restoran...hahaha

pe lagi....makan time....anak2 la yg paling epi time makan free ni....yg penatnya papa dia yg kena bayar...hahaha
orait...sekian saje dari cfu...nti cfu yg post lagi aktiviti nelayan cfu yg lain plak...."MAJULAH NELAYAN UTK NEGARA"...adioussss amigosss!!

Tuesday, March 17, 2009

....Indahnya Malam Pertama Kita....

Satu hal sebagai bahan renungan kita...Tuk merenungkan indahnya malam pertamaTapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak-tangis sanak-saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikanSeluruh badan kita terbuka....Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .Tak ada sedikit pun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi kapas putih...Itulah sosok kita....Itulah jasad kita waktu itu...

Setelah dimandikan..,Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putihKain itu ...jarang orang memakainya..Karena sangat terkenal bernama Kafan...

Wangian ditaburkan kebaju kita...Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkanTataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita...

Keranda pelaminan... langsung disiapkanPengantin bersanding sendirian...Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga...

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usulKita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan...

Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan..

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan..

Malam pertama yang indah atau meresahkan..Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..Dan ketika 7 langkah telah pergi....Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur.....Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk membacanya terus hingga ke akhir.Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang.

Dunia.. semua yang mengasyikkan... menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang menjemukan, lupa kita isi dengan hal-hal yang dapat menyinari jiwa, yang nantinya akan kita bawa kepada NYA.Mengapa susah menerima kebenaran?Apakah karena kosongnya jiwa yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita,sebelum kita menuju

ke''Malam Pertama Kita''

Friday, March 13, 2009

adikku sayang

Dik,
ku ingin engkau selalu mengerti
dan janganlah kau ragu
Hadapi dunia yang berliku selalu di setiap waktu

Adikku sayang,

tidurlah yang lelap
Biarkan dunia, biarkan manusia apa adanya
Biarkan mereka dengan jalannya
Biarkan tidurmu dengan mimpimu

Adikku...

Dan hidupmu terus berjalan
Dan engkau akan temukan arti hidup dan rintangan
Tegarlah walau merangkak

Adikku sayang,

mimpilah yang indah
Tentang dunia yang memberimu kebahagiaan

Adikku sayang,

tidurlah yang lelap
Biarkan dunia, biarkan manusia apa adanya
Biarkan mereka dengan jalannya
Biarkan tidurmu dengan mimpimu...

Syaitan dan Hidung

"Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" "

Thursday, March 12, 2009

senarai 20 terkaya di dunia-latest

NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:
1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Dalam senarai tersebut, No. 1, 2, 4, 5, 6, 9, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 19, 20 adalah YAHUDI.

Namun, ada lagi yang paling kaya namun tidak didedahkan:
1. Lord Jacob Rothchilds- AS$ 30 trilion (bank of rothchilds, Goldman Sach, JP. Morgan, Kuhn Loeb & Co.)
2. david Rockefelller- AS$ 20 trilion (Exxon-Mobil, Citibank, HSBC, Morgan Stanley, Chase Manhattan, General electric)

Kedua-dua di atas adalah YAHUDI...dimanakah org Islam??bagaimanakah kita hendak menentang yahudi sekiranya dr ekonomi pon kita dah tewas...dan asyik bercakaran sesama sendiri...sedih tol cfu melihat ummat lslam skrg...teramat lemah...dah lah lemah menindas, bergaduh, bermusuh n memusnahkan sesama sendiri...INSAF lah.

paku di dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawalkemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatuhari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebihmudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkaratersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:-"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan samalagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatuketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal''.

Tips rumahtangga

1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila balik umah jer, bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer pasal tuan sewa rumah datang mintak duit. Dia menyampah biler hari hari kena dengar citer Mak kat kampung (mak bini ler) talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal puan2, bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua, masa dia dok hisap rokok atas katil tu, kiss dahi dia baru ler mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu pulak, jangan ler lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut pulak tu..buruk.

2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang.. Jangan larang dia tapi jangan pi suruh dia raba bontot amoi kat Giant pulak..ish.. Kalau mamat tu jeling pun dah kena belasah, fed up dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja telinga dia pulak, " Abang gatal ekkk.. mai sini nak tengok gatal setara mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak buat.. tak payah ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak jegil bijik mata kat amoi sampai berair mulut.. Memang patut ler kalau bini belasah ngan kulit durian.

3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak.... kalau hari hari ta pau kat kedai Wichuda.. alamat bermadu ler awak. Pi ler beli buku masak Chef Wan tu.. satu investment yang memang patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak, buat sup ayam tapi rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena ada Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker, hmmm... makan hati ler awak nanti.

4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia makan.. Rambutan pun kupas depan dia.. sambil pipi atas paha dia depan TV.. Tapi tak leh caya gak orang tuer tu.. sambil sengeh makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak tu.. tapi tak kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe. .

5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah sikit sikit. Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah lama... Tarik ler muker masam kejap.. 20 minit cukup. Tak payah dok moncong dari KL sampai Melaka. Pastu awak gertak jer.. cakap " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah " Alah.. dia cakap jer tak takut tapi kat luar jer tunjuk macho.. kat dalam dia cuak gak...

6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend tak buat cam tu.. GF selalu cakap "asal dinda dapat bersama kekanda...itu saja yang dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia tak belikan.. lagi ler dia murah hati kat officer comel kat ofis.

7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak yang mulakan dulu. Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu minimum. kalau period guna akal cari cara lain (jgn sua kot belakang pulak..ish haru biru pulak nanti). Kalau muak atas katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang gaji cuti, buat kerja atas sink..hehehhehehe. ., kalau muak dalam rumah, ajak pi ronda dalam kereta, berenti kat taman bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang, beli ler maajun ker jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler gelak. tak main main ni.

8. Bersolek..bersolek .. bersolek.. bau tu kasi harum sikit. Kalau tak cukup duit nak beli perfume mahal, kat petaling street ada yang ciplak. RM 10 jer. Tapi jgn ler sembur sejam sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur, biar ler gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun trim ler sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack lak cik abang awak.

9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk.. kau orang tu pun sama gak. Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi semput.. perut tu jaga. Balik umah jgn ler dok berkubang ngan kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok pun menyampah. Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut.. bagi ler bini selera sikit nak seduce korang. Ketiak macam ketiak monyet pastu dok harap bini cium...eee..

Wednesday, March 11, 2009

Harimau, tikus dan buaya

"Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi......

aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya.

Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekorbuaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Tuesday, March 10, 2009

pertemuan 4 mata antara DSAI & Pak Lah.




Pertemuan empat mata antara perdana menteri dengan ketua pembangkang di sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini membuka spekulasi wujud rundingan antara dua tokoh politik negara itu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman yang diasaskan oleh seorang tokoh agama Syeikh Mahmud al-Majzub.
Majlis yang turut dihadiri beberapa ulama luar negara itu bersempena sambutan Maulud Rasul. Isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengiringi suaminya ke majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
"Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. "Satu perundingan juga dikatakan berlaku (antara dua tokoh politik itu) dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!"
Pertemuan selama 20 minit itu membangkitkan beberapa isu, antaranya penyerahan kuasa Abdullah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
p/s: ada ape2 ke ni...mesti banyak spekulasi akan timbul nanti...saksikan drama seterusnya...hehehe

Iblis disaat sakaratul maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.” Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

jawatan kosong

TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"--------------------------------

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah